Tuesday, 7 April 2015

[EKSKLUSIF] Keinginan Sebenar Aidana Baizieva,Mangsa Nahas Helikopter.

19:00

[EKSKLUSIF] Keinginan Sebenar dan Siapa Aidana Baizieva,Mangsa Nahas Helikopter.


Selepas empat hari berlalu tragedi helikopter terhempas di Semenyih,Selangor,mayat wanita yang masih lagi diklasifikasikan sebagai 'unknown' itu masih belum dituntut waris.
Pesoalan yang masih berlegar di minda pembaca siapakah sebenarnya wanita itu?Bagaimanakah identitinya tidak di ketahui walhal namanya telah tersebar di media.Mari kita bongkarkan.


Mangsa wanita itu dikatakan kenalan kepada juruterbang helikopter nahas itu,Clifford William.Dikenali sebagai Aidana Baizieva dan mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk menjadi juruterbang.Namun,segalanya terkubur apabila beliau terkorban didalam nahas itu.
Menurut Ketua Polis Selangor,pihak polis tidak menolak kemungkinan yang nama Aidana adalah betul seperti yang di daftarkan dalam penerbangan nahas itu,namun keputusan DNA perlu untuk menyokong kenyataan itu.

Siasatan awal polis mendapati mangsa merupakan wanita berumur 25 tahun.Polis juga telah melakukan siasatan mengenai mangsa iaitu dimana mangsa tinggal,kolej serta kenalan mangsa.Beberapa barang peribadi mangsa juga telah diambil bagi tujuan uji DNA.Dan melalui siasatan polis,Aidana Baizieva memang kenalan jurutebang Clifford.Mereka sering di lihat bersama melakukan penerbangan.
Menurut polis lagi,sekiranya masih gagal,ayah mangsa akan di panggil bagi ujian DNA.
Sementara itu,bagi pihak kedutaan Kyrgyzstan,usaha untuk menjalankan ujian DNA sedang di lakukan.Keputusannya akan dapat di ketahui tidak lama lagi.Sementara itu pihak keluarga mangsa telahpun di hubungi bagi urusan tuntutan mayat.Namum,bapa mangsa tidak mengakui itu adalah anaknya.

Written by

We are Creative Blogger Theme Wavers which provides user friendly, effective and easy to use themes. Each support has free and providing HD support screen casting.

0 comments:

Post a Comment

 

© 2013 PENTAS HIBURAN. All rights resevered. Designed by Templateism

Back To Top